kehadiran pejuang melayu ini ditakuti.. suara2 sumbang memujuk agar ianya dihapuskan maka pada tanggal 1977 ianya telah diharamkan.
mengikut pandangan otai-otai atau orang lama dalam silat ini mereka masih tertanya-tanya kenapa ia diharamkan pada masa tersebut. Antara persoalan yang timbul adalah silat ini tidak melakukan perkara-perkara yang jelas mencarik adat atau luar biasa seperti berjalan di atas bara api, kebolehan untuk makan kaca, ditetak dengan parang tapi tidak lut, ditanam hidup-hidup tapi tidak mati dan lain-lain. Ironinya silat-silat lain yang jelas terdapat perkara-perkara tersebut tidak pula diharamkan walaupun jelas ianya bukan dari ajaran Islam. Ada di antara orang-orang lama pada masa tersebut juga berpendapat mungkin ia diharamkan oleh sebab-sebab seperti tekanan pihak tertentu? Ada juga yang berpendapat atas faktor politik kerana pada masa silat ini diperkenalkan setiap hari ahli yang mendaftar adalah lebih kurang 2 ribu orang. Bayangkan pengaruh yang diperolehi oleh guru kepada silat ini. Salah seorang Guru Utama silat ini pula adalah menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, iaitu Y.B Tan Sri Haji Abdul Samad Idris. Faktor lain seperti pembawaan segelintir ahli yang belajar silat ini yang menyimpang atau menyalahgunakan silat ini juga tidak dapat dinafikan seperti beribadat hanya untuk mencari hebat. Berikut adalah jurus atau langkah-langkah yang terdapat di dalam Silat Nasrul Haq: 1. Kepal 2. Sogok Terlentang 3. Sogok Tertangkup 4. Siku Dua 5. Sogok Bawah Terlentang 6. Sogok Bawah Tertangkup 7. Setir/ Sogok Satu 8. Kewal Tahan 9. Lewatan 10. Tendet/ Cincang 11. Siku Satu 12. Giles perut 13. Pites/ Tekan 14. Kendor 15. Buka Sogok 16. Sogok Atas Bawah 17. Seperempat Alif @ Ibu Jurus
Pengasas Nasrul Haq 1. Tan Sri Haji Abdul Samad Idris (Khalifah Nasrul Haq Malaysia)
2. Tuan Haji Johannes Choeldi (Khalifah Nasrul Haq)
3. Prof Muchtar Lintang (Penasihat)

ramai lagi ahli-ahli pemimpin nasrulhaq malaysia.. yg pastinya siapa lg yg berani pertahankan melayu? kalau dilihat bangsa asing semakin berani memperlekehkan melayu. ayuhhh bangkitt!!!!